Kursus Asas Pengajaran (KAP) Bantu Staf Akademik Baharu Menyelami Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Di UPM | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Kursus Asas Pengajaran (KAP) Bantu Staf Akademik Baharu Menyelami Asas Pengajaran dan Pembelajaran di UPM

Kursus Asas Pengajaran (KAP) Bantu Staf Akademik Baharu Menyelami Asas Pengajaran dan Pembelajaran di UPM

 

SERDANG, 17 Mac 2022 – Seramai 37 orang staf akademik baharu UPM telah selesai mengikuti Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2022 yang diadakan secara secara dalam talian – Zoom selama 9 hari bermula 7 hingga 17 Mac 2022.

 

 

KAP merupakan modul khusus yang diuruskan oleh Pusat Pembangunan Akademik (CADe) untuk pegawai akademik di bawah Program Transformasi Minda (PTM), anjuran Pejabat Pendaftar UPM sebagai salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Program Iatihan intensif yang memperkenalkan staf akademik baharu UPM kepada aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan pelajar secara berkesan bagi mempersiapkan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian.

Melalui sesi perkongsian daripada panel penceramah UPM yang berpengalaman, peserta didedahkan dengan hasil berasaskan pembangunan dan reka bentuk kurikulum, prinsip dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, teknik penyampaian dan penilaian yang berkesan, dan juga portfolio pengajaran. Para peserta turut diperkenalkan kepada teori dan aspek praktikal penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai daripada penjanaan data sehingga ke penerbitan.

 

 

Berdasarkan komen maklum balas penilaian program, rata-rata peserta bersetuju KAP memenuhi keperluan mereka sebagai pensyarah baharu. Mereka juga berpendapat ada beberapa topik KAP sedia ada perlu dipelajari dengan lebih mendalam.

Bagi melengkapi objektif kursus, para peserta perlu melaksanakan dua (2) bentuk penilaian, iaitu cerapan dan juga portfolio pengajaran, dalam tempoh satu semester dengan selian daripada mentor yang dilantik.

Selamat Maju Jaya buat semua peserta!

 

Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXEUOAB~