Lawatan Kerjasama Pembangunan MOOC Daripada Manipal International University, Nilai, Negeri Sembilan Ke Pusat Pembangunan Akademik (CADe) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Kerjasama Pembangunan MOOC daripada Manipal International University, Nilai, Negeri Sembilan ke Pusat Pembangunan Akademik (CADe)

Lawatan Kerjasama Pembangunan MOOC daripada Manipal International University, Nilai, Negeri Sembilan ke Pusat Pembangunan Akademik (CADe)

 

SERDANG, 15 Februari 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan daripada Manipal International University, Nilai, Negeri Sembilan. Kehadiran delegasi seramai lima (5) orang itu terdiri daripada Pendaftar, Encik Sahrul Haslan Hassan dan empat (4) orang pegawai akademik yang terlibat dalam pengajaran Mata Pelajaran Umum (MPU) di Universiti tersebut. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengajaran atas talian yang dilaksanakan di UPM seperti MOOC dan meninjau peluang kerjasama dengan CADe dalam membangunkan kursus MOOC.

 

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat, CADe, Bangunan Canselori Putra, Timbalan Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef telah memberikan penerangan mengenai pembangunan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran MPU terutama kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) melalui MOOC yang dipraktikkan oleh CADe. Perbincangan tersebut turut disertai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik, CADe, YBhg. Prof. Dr. Wong Su Luan, Ketua Pentadbiran CADe, Encik Ahmad Nizam Abdullah, Ketua Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, CADe, Encik Mohd Idham Abdul Rashid dan Pereka, Puan Arina Zafirah Zulkafli.

 

 

 

Tarikh Input: 18/02/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXERBAN~