Lawatan Penandaarasan Akademik Daripada Politeknik Kota Bharu | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Politeknik Kota Bharu

Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Politeknik Kota Bharu

SERDANG, 24 Oktober - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan Penandaarasan Akademik daripada Politeknik Kota Bharu, Kelantan (www.pkb.edu.my). Kehadiran delegasi seramai dua puluh (20) orang terdiri daripada pensyarah dan pentadbir sistem kualiti adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah + inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya yang berpusatkan pelajar serta program yang dilaksanakan oleh pihak CADe bagi meningkatkan kualiti P&P di UPM.

Bertempat di Bilik Eksekutif, Bangunan Canselori Putra, Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria telah memberikan penerangan mengenai aktiviti dan program P&P yang dilaksanakan oleh CADe. Sesi perkongsian tersebut turut disertai oleh Timbalan Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Wong Su Luan, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Ketua Pentadbiran CADe, En. Ahmad Nizam Abdullah serta Pn. Nurhanisah Sadun, wakil Pusat Jaminan Kualiti (CQA), UPM.

Delegasi turut dibawa melawat ke Putra Innovation Studio, CADe, studio untuk aktiviti rakaman dan penghasilan video pengajaran pensyarah.

Tarikh Input: 30/10/2018 | Kemaskini: 30/10/2018 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXEUHAw~