Lawatan Penandaarasan Akademik Daripada Universiti Telkom, Bandung, Indonesia | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Universiti Telkom, Bandung, Indonesia

Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Universiti Telkom, Bandung, Indonesia

 

SERDANG, 22 Januari 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan Penandaarasan Akademik daripada Universiti Telkom, Bandung, Indonesia (https://telkomuniversity.ac.id). Kehadiran delegasi seramai empat (4) orang itu terdiri daripada Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), Dr. Dadan Rahadian; Pengarah Hal Ehwal Akademik, Dr. Arfianto Fahmi; Pengurus Kursus Universiti, Endang Budiasih; dan Penolong Pengurus, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran, Fathah N. Prawita adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat penandaarasan mengenai ePembelajaran dan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang dilaksanakan di UPM.

 

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat, CADe, Bangunan Canselori Putra, Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria telah memberikan penerangan mengenai aktiviti dan program Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan oleh CADe. Perbincangan tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd., Dr. Mohd Kamil Yusoff, Timbalan Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Ketua Pentadbiran CADe, En. Ahmad Nizam Abdullah dan Ketua Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik, CADe, Puan Yasminani Mohamad.

Pada waktu tengah hari, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan turut meluangkan masa beramah mesra bersama delegasi tersebut dan berkongsi mengenai pencapaian dan perancangan UPM dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Delegasi turut dibawa melawat ke Putra Innovation Studio untuk melihat kemudahan rakaman dan penghasilan video pengajaran yang terdapat di CADe.

 

 

 

Tarikh Input: 04/02/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXEYAAq~