Lawatan Penandaarasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ke CADe, UPM | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke CADe, UPM

Lawatan Penandaarasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke CADe, UPM

 

SERDANG, 27 Jun 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima lawatan penandaarasan pembangunan dan pelaksanaan e-Pembelajaran dari Majlis Amanah Rakyat (MARA). Lawatan ini dihadiri oleh tujuh (7) orang yang terdiri daripada Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Kreatif dan Multimedia (BTKM), Puan Mahera Hidayati Wan Bukhari; Timbalan Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Puan Wan Samihah Wan Kamarul Zaman; Penolong Pengarah, Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), Encik Ammar Mohd Nasir; dan pegawai lain yang terdiri daripada Puan Azida Azal (BTKM), Puan Rafizah Sabudin (BTM), Encik Mohd Syazwan Mohd Khamis (BTKM) dan Encik Mohd Azlan (BKT). Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembangunan dan pelaksanaan Learning Management System (LMS), Massive Open Online Course (MOOC) dan Pembelajaran Teradun (Blended Learning) di UPM.

Ketibaan delegasi disambut oleh Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria, Timbalan Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Encik Ahmad Nizam Abdullah (Ketua Pentadbiran CADe), Encik Mohd Idham Abdul Rashid (Ketua Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran) dan Puan Arina Zafirah Zulkafli.

 

 
YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria sedang memberikan penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti
dan pembangunan e-Pembelajaran yang dilaksanakan oleh CADe di UPM.

 

 

Tarikh Input: 01/07/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDcQA5~