Pensyarah UPM Raih Lima Emas, Empat Perak Dan Empat Gangsa Di IUCEL 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Pensyarah UPM Raih Lima Emas, Empat Perak dan Empat Gangsa di IUCEL 2019

Pensyarah UPM Raih Lima Emas, Empat Perak dan Empat Gangsa di IUCEL 2019

 

SERDANG, 22 Ogos 2019 - UPM telah memenangi lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa di dalam Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL), International University Carnival on E-Learning (IUCEL) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Pusat E-pembelajaran Negara (MyCeL) dan Majlis Ketua-ketua Penyelaras E-pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) di Dewan Bankuet, DeTAR Putra, UNIMAS.

 

 
(Dari kiri) Dr. Puan Chong Leong, Dr. Chong Chou Min, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef,
En. Johan Ismail dan Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff bersama pingat emas yang dimenangi di IUCEL 2019.

 

Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa di IUCEL 2019. Pingat emas dimenangi melalui projek: Junior Data Scientist e-Portfolio Development through Challenge Based Learning Approach in Data Mining Course. Manakala pingat perak dimenangi melalui projek: Revolutionizing Learning Environment with Artificial Intelligence dan pingat gangsa melalui projek: Education Analytics in UPM Smart Campus.

Turut memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak adalah Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff. Pingat emas dimenangi melalui projek: Penglibatan Aktif Pelajar & Penambahbaikan Kualiti Pengajaran dalam Bilik Kuliah Menerusi Teknologi QR Code dan Aktiviti Gamifikasi Berasaskan Kuiz ‘Online’& ‘Offline’ bersama Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof. Madya Dr. Adlina Abd Halim, Dr. Arfah Ab. Majid, Dr. Normala Othman, Nashrina Samir dan guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Pn. Noralina Ali. Manakala pingat perak dimenangi melalui projek: Pembangunan ‘Boards Games Explorer’ PUTRA GLOBAL-T4-IMIC-GAME (PT4) Menggunakan Augmented Reality dan Gamifikasi untuk Kursus Wajib Universiti.

Seorang lagi Pensyarah Kanan di Fakulti Pertanian, Dr. Chong Chou Min juga telah memenangi pingat emas di IUCEL 2019. Pingat Emas dimenangi melalui projek GamUDLearn: Integrating Universal Design for Learning (UDL) and Gamification in Blended Learning bersama Dr. Zarirah Mohamed Zulperi (Fakulti Pertanian), Dr. Hasliza Abu Hassim (Fakulti Perubatan Veterinar), Dr. Puan Chong Leong (Fakulti Perhutanan), Dr. Mohd Redzwan Sabran (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Lai Kok Song (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir (Fakulti Sains), Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad (Fakulti Pengajian Pendidikan), Prof. Dr. Muta Harah Zakaria dan Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef (Pusat Pembangunan Akademik).

Pingat emas juga turut dimenangi oleh Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Dr. Nurdiyana Ahmad Denil. Pingat emas tersebut dimenangi melalui projek: Innovative Pedagogy by using Knowledge Clips to Enhance Student Learning Experience bersama En. Johan Ismail (Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu), Dr. Rozihan Mohamed (Fakulti Pertanian), Dr. Sheena Bidin (Fakulti Perhutanan), Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Fakulti Ekologi Manusia), Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat), Pn. Nur Eliza Abdul Rahman (Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa) dan Audrey Grace anak Intai, pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Encik Johan Ismail Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu turut memenangi pingat emas semasa IUCEL 2019 melalui projek: Design and Development of Prototype Mobile Application Integrated with Augmented Reality to Enhance Student Learning Experience. Pingat emas tersebut dimenangi bersama Dr. Nurdiyana Ahmad Denil dan Dr. Shiamala Devi Ramaiya (Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu), Dr. Rozihan Mohamed (Fakulti Pertanian), Dr. Sheena Bidin (Fakulti Perhutanan), Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (Fakulti Ekologi Manusia) serta Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat).

 

 
Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef bersama wakil
daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang menyertai IUCEL 2019.

 

Dua pingat perak telah dimenangi oleh LAr. Owen Yeo Thian Seng, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (projek: Gamification Approach in Teaching Precision Agriculture) dan Dr. Shiamala Devi Ramaiya, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (projek: Immersive Learning through Role Playing in Biology Education for Promoting Sustainability).

Manakala tiga pingat gangsa telah dimenangi Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Nur Izah Ab Razak (projek: A New Approach using Augmented Reality Visualization to Improve Teaching & Learning of the Anatomy & Physiology of Cardiac Cycle), Pensyarah Kanan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (projek: A Cross-device and Cross-platform Virtual Reality Learning (ViReL) Space to Promote Immersive Learning Experiences) dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Khadijah Mohd Nor (projek BodyTravelApp: An interactive Ear Anatomy Virtual Reality (VR) Mobile Application for Medical Students).

Turut menyertai IUCEL 2019 adalah Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Dr. Rozihan Mohamed (projek iARPA: An Interactive Augmented Reality Book for Teaching and Learning of Principles of Aquaculture Course) dan pelajar Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Muhammad Shuhaily Mohd Jasmany (projek: AR - My Endangered Species).

Senarai penuh pemenang dari UPM di IUCEL 2019 adalah seperti Lampiran.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua!

 

 

Tarikh Input: 27/08/2019 | Kemaskini: 27/08/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETIAr~