Pengenalan
Bulan Pensyarah merupakan acara tahunan Universiti Putra Malaysia dan mulai tahun 2008 ianya diberi nama Bulan Putra SATRIA, bersempena dengan imej dan penjenamaan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) tenaga akademik UPM, iaitu Putra S.A.T.R.I.A.
| S | Scholar |
| A | Agent of Change |
| T | Teaching-Learning Expert |
| R | Researcher |
| I | Innovator |
| A | Administrator |
S.A.T.R.I.A menyemarakkan semangat para pegawai akademik UPM agar berkongsi aspirasi universiti khusus dalam memartabatkan kualiti akademik dan kecemerlangan pegawai akademik UPM selari dengan visi UPM untuk Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.
Objektif Objektif penganjuran Bulan Putra SATRIA, Universiti Putra Malaysia adalah untuk melaksanakan aktiviti yang dapat; 1. Menyumbang kepada kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajaran universiti. 2. Melonjakkan tahap profesionalisme dan daya saing pegawai akademik UPM ke peringkat antarabangsa. 3. Menyemarakkan kerjasama dan komitmen pegawai akademik UPM dalam merealisasikan matlamat universiti untuk melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.
|