Jawatankuasa Pengajaran Dan Pembelajaran UPM (JKPP UPM) | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» COMMITTEE » Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran UPM (JKPP UPM)

Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran UPM (JKPP UPM)

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA

NAMA JAWATANKUASA: Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran Universiti

NAMA PENGERUSI: Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

KEAHLIAN SENAT: Dua (2) orang wakil Senat berjawatan Profesor yang dinamakan oleh Senat           

SETIAUSAHA: Penolong Pendaftar CADe

KOURUM: 2/3 x 32 = 21.3

KEKERAPAN MESYUARAT: 4 Kali setahun

TEMPOH EDARAN MINIT MESYUARAT: Selewat-lewatnya 10 hari bekerja selepas mesyuarat           

EDARAN BAHAN MESYUARAT: Selewat-lewatnya 10 hari bekerja sebelum mesyuarat

 

BIDANG KUASA / FUNGSI TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

  1. Membantu menyedia dasar berkaitan pengajaran-pembelajaran untuk Pihak Pengurusan Universiti;
  2. Meneliti, mengkaji, memantau semula dan mendapatkan maklumbalas perancangan dan pelaksanaan aktiviti pembangunan pengajaran-pembelajaran Universiti;
  3. Meneliti, mengesyor, menimbang dan meluluskan cadangan penilaian pengajaran-pembelajaran;
  4. Menyelaras aktiviti laporan jaminan kualiti pengajaran-pembelajaran Universiti untuk Kementerian Pengajian Tinggi;
  5. Membantu menyedia maklumat kepada pensyarah mengenai perkembangan pembangunan pengajaran-pembelajaran;
  6. Membantu mendapatkan bantuan kewangan untuk penyelidikan berkaitan dengan pembangunan pengajaran-pembelajaran;
  7. Memberi nasihat dan bantuan dalam urusan penerbitan dan penyebaran hasil penyelidikan pengajaran-pembelajaran;
  8. Menjadi platform penyebaran maklumat dan dasar baharu berkaitan pengajaran-pembelajaran ke fakulti;
  9. Memantau kemajuan pembangunan dan pencapaian kualiti pengajaran-pembelajaran Pusat Tanggungjawab di UPM; dan
  10. Menyelaras dan memantau hubungan UPM dengan jabatan dan agensi lain untuk kolaborasi pembangunan pengajaran-pembelajaran.

          

Updated:: 20/09/2018 [azryadeny]

MEDIA SHARING

C1539755230