Penganjuran Putra InnoCreative Carnival In Teaching And Learning 2018 (PICTL’18) | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» NEWS » Penganjuran Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2018 (PICTL’18)

Penganjuran Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2018 (PICTL’18)

SERDANG, 2 Ogos – Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menganjurkan Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning 2018 (PICTL’18) bertempat di Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. Objektif penganjuran PICTL’18 adalah seperti berikut:

  1. Membudayakan inovasi dan kreativiti pegawai akademik serta pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran;
  2. Mencetus anjakan paradigma akademia dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran;
  3. Mewujudkan platform bagi jaringan kolaborasi antara peserta dan industri; dan
  4. Mengenal pasti calon untuk diketengahkan bagi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Dengan tema “Imagineering the 21st Educators”, karnival selama dua (2) hari (1 & 2 Ogos) ini melibatkan aktiviti iaitu Putra InnoCreative Awards, Pertandingan Fakulti/Pusat Terbaik Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Putra InnoCreative Competition, Bengkel Education 4.0 dan Putra InnoCreative Talk. Penganjuran kali pertama PICTL ini telah menarik penyertaan seramai 350 orang peserta dalam kalangan pegawai akademik dan pelajar daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi.

 

 

TERIMA KASIH, TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!

 

a) Putra InnoCreative Awards

 

Sebanyak tujuh (7) anugerah telah dipertandingkan di bawah Putra InnoCreative Awards untuk PICTL’18. Berikut merupakan senarai penerima anugerah: 

 

b) Pertandingan Fakulti/Pusat Terbaik Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2018

 

Sebanyak 11 fakulti dan satu (1) pusat telah menyertai Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik (Fakulti/Pusat) 2018 yang diadakan pada 1 Ogos 2018 di Mini Auditorium 2, Bangunan Pejabat Timbalan Naib canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. Panel juri telah dilantik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Berikut merupakan senarai pemenang. 

 

 

c) Putra InnoCreative Competition

 

Putra InnoCreative Competition telah disertai lebih daripada 150 inovasi pengajaran dan pembelajaran. Pecahan peserta yang menyertai Putra InnoCreative Competition mengikut institusi pengajian tinggi adalah seperti di rajah berikut.

Sebanyak 46 pingat emas, 77 pingat perak dan 30 pingat gangsa telah dimenangi peserta Putra InnoCreative Competition. Taburan dan jumlah pingat yang dimenangi oleh UPM mengikut fakulti adalah seperti berikut:

 

Date of Input: 20/09/2018 | Updated: 26/09/2018 | azryadeny

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1539753203