Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad Memenangi Tempat Pertama Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya, Anugerah Pemikiran Dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia Tahun 2017 (APRS 2017) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» NEWS » Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad Memenangi Tempat Pertama Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya, Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia Tahun 2017 (APRS 2017)

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad Memenangi Tempat Pertama Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya, Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia Tahun 2017 (APRS 2017)

 

20 November 2017, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya, Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia Tahun 2017 (APRS 2017). Anugerah telah disampaikan oleh YB. Dato’ Seri Idris Jusoh di majlis penyampaian anugerah yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

 

Anugerah Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi Malaysia Tahun 2017 (APRS 2017) ini telah diilhamkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi semasa Majlis Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 pada 12 Januari 2017. Penganjuran anugerah ini adalah untuk menyokong Lonjakan 1: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang serta Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM(PT) 2015 - 2025. Ia turut menyokong tumpuan Pendidikan Fleksibel dan Reka Bentuk Semula Pendidikan Tinggi yang dipelopori Kementerian Pendidikan Tinggi sejak tahun 2016.

 

Penganjuran APRS2017 adalah bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta sebagai platform perkongsian amalan terbaik projek dan inisiatif mereka bentuk semula Pendidikan Tinggi di Malaysia yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu.

 

Tahniah diucapkan.

Date of Input: 23/11/2017 | Updated: 24/05/2018 | azryadeny

MEDIA SHARING

SEE ALSO
CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdXA4~