Vice Chancellor Fellowship Awards - Teaching Category | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» OUR SERVICES » AWARDS » Vice Chancellor Fellowship Awards - Teaching Category

Vice Chancellor Fellowship Awards - Teaching Category

  • Pengajar Cemerlang

  • Pengajar Muda

 

Latar Belakang

 

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Putra (APP) Universiti Putra Malaysia. Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2007 untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion pensyarah. Penganjuran AFNC-KP merupakan wahana bagi mengenal pasti calon UPM untuk Kategori Pengajaran, Anugerah Akademik Negara (AAN).

 

Objektif

 

  1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UPM.
  2. Meningkatkan penggunaan pelbagai kaedah dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dan berkualiti berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning).
  3. Memberi pengiktirafan kepada para pegawai akademik UPM yang menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan yang tinggi dalam inovasi pembangunan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kelompok Pencalonan

 

Pencalonan AFNC-KP dibuat mengikut kelompok berikut (berdasarkan Kelompok Anugerah Akademik Negara (AAN).

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan 
  3. Kesihatan
  4. Kejuruteraan 
  5. Sastera dan Sains Sosial
  6. Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

 

 

_____________________________________________________________________

MAKLUMAN TERKINI

Pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) 2018!

 

Maklumat berkaitan:

 

 

_____________________________________________________________________

MAKLUMAN

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) 2017!

 

Majlis Gemilang Akademia Putra 2017

14 Mei 2018 l Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

 

Kategori Pengajar Cemerlang

  • PROF. MADYA DR. ZALINA SHARI l Fakulti Rekabentuk dan Senibina (Kluster Sains Gunaan)

 

Kategori Pengajar Muda

  • DR. WAN NORHAMIDAH WAN IBRAHIM Fakulti Sains (Kluster Sains Tulen)
  • DR. FARINA MUSTAFFA KAMAL l Fakulti Perubatan Veterinar (Kluster Kesihatan)
  • DR. RADHIAH SHUKRI Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (Kluster Sains Gunaan)
  • DR. ROZITA RADHIAH SAID l Fakulti Pengajian Pendidikan (Kluster Sains Sosial dan Sastera)
  • DR. AINI MARINA MA'ROF l Fakulti Pengajian Pendidikan (Kluster Sains Sosial Gunaan dan Sastera Gunaan)

 

 

Updated:: 26/06/2018 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1539823804