Incentive Grants Research For Teaching And Learning (GIPP) | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» OUR SERVICES » GRANT » Incentive Grants Research for Teaching and Learning (GIPP)

Incentive Grants Research for Teaching and Learning (GIPP)

Dalam usaha menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dalam Mesyuarat JPU Bil.429 pada 1 Februari  2012 [Minit 429.05 (k)(v)] telah meluluskan cadangan Pusat Pembangunan Akademik (CADe) untuk memperuntukkan Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP).

GIPP adalah inisiatif untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan P&P melalui aktiviti penyelidikan. Di samping itu, geran ini bertujuan untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam penggubalan polisi P&P. Hasil penyelidikan boleh dijadikan asas dalam membuat perancangan strategik berkaitan P&P universiti, malah memberi impak kepada UPM/pelajar sebagaimana Matlamat 1 UPM untuk mempertingkat kualiti dan daya saing graduan.

 

Objektif

  1. Menggalakkan usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti penyelidikan.
  2. Menyumbang idea dan kepakaran dalam pembangunan/pembentukan polisi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menyemarakkan kerjasama, komitmen dan meningkatkan kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
  4. Menambah penerbitan ilmiah berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pegawai akademik UPM.

 

Kriteria Pemohon

  1. Semua pegawai akademik UPM layak untuk memohon dengan dengan syarat projek penyelidikan dijalankan secara kolaborasi antara fakulti.
  2. Pegawai akademik bertaraf kontrak, dimestikan berkolaborasi dengan penyelidik bertaraf tetap.
  3. Pegawai akademik berstatus bukan warganegara, dimestikan berkolaborasi dengan penyelidik bersama berstatus warganegara Malaysia dan bertaraf tetap.

 

Kriteria Penilaian

Setiap cadangan penyelidikan dinilai oleh dua orang panel berdasarkan kriteria seperti berikut:

  1. Penyelidikan menumpukan aspek peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  2. Huraian latar belakang penyelidikan termasuk kajian literatur.
  3. Keupayaan mencapai objektif penyelidikan.
  4. Kesesuaian metodologi penyelidikan.
  5. Kesesuaian belanjawan penyelidikan dengan aktiviti yang dicadangkan.
  6. Jangkaan hasil penyelidikan menepati objektif.
  7. Kesesuaian tempoh penyelidikan sejajar dengan objektif kajian.
  8. Hasil penyelidikan memberi impak/manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran di UPM/institusi pengajian tinggi.
  9. Hasil penyelidikan membantu menangani permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  10. Keupayaan menyumbang kepada penerbitan berimpak faktor.
  11. Potensi untuk dikomersilkan.

 

Bidang Penyelidikan

Updated:: 26/09/2018 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1542799903