UPM Educator Day 2018 | CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT

UPM Educator Day 2018


 

 


 

LATAR BELAKANG

 

Pada tahun 2017, Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menganjurkan Minggu Putra SATRIA dengan tema “Akademia Ihsan Teras Universiti Global”. Pengisian program merangkumi dua (2) siri wacana intelek pada 24 Okober dan Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES) pada 25 - 26 Oktober 2017. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat para pegawai akademik UPM agar berkongsi aspirasi universiti khusus dalam memartabatkan kualiti akademik dan kecemerlangan pegawai akademik UPM selari dengan visi UPM untuk Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa.

Bagi melestarikan peranan pendidik (Pensyarah dan Guru) sejajar dengan aspirasi “Akademia Baharu” yang maju seiring dengan transformasi pendidikan tinggi negara, CADe telah menjenamakan semula program Minggu Putra SATRIA kepada Sambutan Hari Pendidik UPM mulai tahun 2018.

 

OBJEKTIF

 

Objektif Sambutan Hari Pendidik UPM 2018 adalah untuk:

 

  1. Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik dalam mendidik anak bangsa dan generasi Malaysia akan datang.

  2. Meningkatkan kecemerlangan kualiti pengajaran dan pembelajaran pegawai akademik.

  3. Memperkasa tahap profesionalisme dan daya saing pegawai akademik UPM ke peringkat antarabangsa.

  4. Memperkasakan kecemerlangan bakat dan kepemimpinan akademik dalam komuniti keilmuan berteraskan konsep ihsan.

  5. Menyemarakkan kerjasama dan komitmen pegawai akademik dalam merealisasikan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

 

 

 TEMA

 

Pendidik UPM merupakan pemangkin dalam merealisasikan aspirasi pendidikan tinggi negara untuk melahirkan graduan holistik yang berilmu, berakhlak, di samping memiliki tingkah laku dan kecelikan budaya yang menyumbang bukan sahaja kepada kemajuan bahkan keharmonian masyarakat dan negara. Tema bagi sambutan Hari Pendidik UPM 2018 ialah;

“Humanising Education through Affective Teaching”

 

AKTIVITI

 


5 Dis.

09.00

:

Pendaftaran Peserta

   

Innovation Gallery Walk

09.50

:

Ketibaan Timbalan Naib Canselor UPM dan Pengurusan Universiti

10.00-10.10  Ucapan Aluan Prof. Dr. Muta Harah Zakaria
     

Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (CADe)

10.10-10.20  : Ucapan Perasmian YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan
     

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM

   

Montaj Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran UPM

   

Pra-Pelancaran Kursus MOOC CADe

10.30-10.45 :

Sesi 1

What I Learned from My Students

     

Dr. Rafidah Hod, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 10.50-11.05 :

Sesi 2

 
     

Prof. Madya Dr. Tengku Fadilah Tengku Kamaldeen, Fakulti Pengajian Pendidikan

11.05-11.15 

:

Persembahan Selingan

11.20-11.35  :

Sesi 3

Transisi Telaah Manuskrip Menerusi Dunia Sibergogi

     

Dr. Salmah Jan Noor Muhammad, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

 11.40-11.55 :

Sesi 4

Playing the Role of a Parent

     

Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, Fakulti Sains

12.00-12.30 :

Sesi 5

Pendidik adalah Pemimpin

     

Prof. Dr. Azali Mohamed, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan


6 Dis.

09.00

:

Pendaftaran Peserta

   

Innovation Gallery Walk

10.00-10.15  :

Sesi 6

Igniting Students' Passion for Environmental Protection

     

Prof. Madya Dr. Zalina Shari, Fakulti Rekabentuk dan Senibina

10.20-10.35 :

Sesi 7

The UPM English Language Experience

     

Pn. Iza Dura Abdul Manan, Pusat Pemajuan dan Kompetensi Bahasa (CALC)

 10.40-10.55 :

Sesi 8

Mengadun Teknologi kepada Realiti dalam Menginsankan Pendidikan dalam Abad ke-21

     

Dr. Mursyid Arshad, Fakulti Pengajian Pendidikan

10.55-11.15 

:

Persembahan Selingan

11.15-11.30  :

Sesi 9

Inspired

     

Dr. Radhiah Shukri, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

 11.35-11.50 :

Sesi 10

Finding the WOW Factor to Humanize Education

     

Prof. Madya Dr. Suraya Abdul Rashid, Fakulti Kejuruteraan

12.00-12.30 :

Sesi 11

Mendidik dari Kalbu

     

Prof. Dr. Mua'ti @ Zamri Ahmad, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi


Updated:: 03/12/2018 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTER FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-8946 6112
03-8946 6043
C1544607572