Latar Belakang | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» MENGENAI CADE » MAKLUMAT KORPORAT » Latar Belakang

Latar Belakang

Pusat Pembangunan Akademik (CADe)

 

Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia telah ditubuhkan pada 2 Januari 2004 dengan fungsi terasnya untuk pembangunan pengajaran dan pembelajaran. CADe mempunyai tiga bahagian, iaitu:

  1. Pembangunan Pegawai Akademik (PPA)
  2. Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP)
  3. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)

 


 

Fungsi setiap bahagian adalah seperti berikut:

 

1. Pembangunan Pegawai Akademik (PPA)

 

  • Membangun dan melaksana program Continuing Professional Development (CPD) UPM kepada pegawai akademik dan profesional di dalam dan luar UPM;
  • Mengadakan Kursus Asas Pengajaran (KAP) bagi pensyarah lantikan baru UPM;
  • Menguruskan pelaksanaan Penilaian Pengajaran Atas Talian (TA); dan
  • Menghasilkan penerbitan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

 

2. Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran (PPP)

 

  • Menguruskan Geran Insentif Penyelidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP);
  • Memantau pencapaian KPI (MyMOHE dan Pelan Strategik UPM);
  • Membangunkan mekanisme pemantauan pengajaran dan penaksiran; dan
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

 

3. Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (IPP)

 

  • Pengurusan dan perkhidmatan sokongan dalam pelaksanaan sistem pengurusan e-Pembelajaran, PutraBLAST dan PutraBLASTarc dalam Putra Learning Hub;
  • Menyelaras pembangunan dan pengurusan PutraMOOC;
  • Memberi khidmat sokongan pembangunan e-Kandungan; dan
  • Meneroka teknologi dan inovasi terkini serta freeware.

 

Kemaskini:: 17/04/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566796968