Program Bulan Pendidik Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan acara tahunan bersempena sambutan Hari Akademia (5 Oktober) dan Bulan Akademia Kebangsaan pada bulan Oktober. Objektif program Bulan Pendidik UPM adalah untuk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan pegawai akademik universiti dalam mendidik anak bangsa dan generasi akan datang.
Tema sambutan pada tahun ini ialah "Pendidikan Tinggi untuk Minda Progresif Masyarakat dan Dunia". Pelbagai aktiviti akan diadakan pada bulan ini termasuk penganjuran 5th International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (i-PicTL) pada 25 hingga 28 Oktober 2022.