Bengkel Latihan Untuk Jurulatih (TOT) SULAM-UPM | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Bengkel Latihan untuk Jurulatih (TOT) SULAM-UPM

Bengkel Latihan untuk Jurulatih (TOT) SULAM-UPM

 

SERDANG, 19 Disember 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Bengkel Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers, TOT) SULAM-UPM, iaitu singkatan bagi Service Learning Malaysia. SULAM yang merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menggabungkan tiga komponen penting iaitu akademik, penglibatan komuniti dan pengalaman praktikal pelajar, dilaksanakan melalui kursus berkredit yang melibatkan pelajar dengan komuniti dalam satu jangka masa yang signifikan. Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan fungsi universiti untuk masyarakat, UPM menubuhkan Jawatankuasa Kerja SULAM-UPM yang bertujuan membantu pelaksanaan SULAM di UPM.

 

 

Bengkel ini bertujuan memberikan latihan kepada ahli jawatankuasa SULAM-UPM sebagai wakil Fakulti yang membimbing para pensyarah dalam melaksanakan projek SULAM. Bengkel yang diadakan di Bilik Mesyuarat CADe ini dimulakan dengan taklimat berkaitan konsep dan pendekatan SULAM oleh Profesor Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani, Timbalan Pengarah CADe dan merangkap penyelaras SULAM-UPM. Bengkel ini turut melibatkan perkongsian lima projek oleh pensyarah UPM, iaitu “Development of Service-Learning Model in TVET-Based Programme” oleh Dr. Mohd Khaizer Omar dari Fakulti Pengajian Pendidikan, “Pembangunan Kelab Inovasi Sekolah Luar Bandar - SMK Saujana Utama, Sungai Buloh” oleh Profesor Madya Dr. Amir Syahir Amir Hamzah dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, “Teratak dan Balai Desa Semai” oleh Dr. Wan Srihani Wan Mohamed dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, “AMBER - Agriculture Moves Beyond Extraordinary” oleh Dr. Juju Nakasha Jaafar dari Fakulti Pertanian dan “Bengkel Pengurusan Kesihatan Ikan Siakap: Satu Langkah Meningkatkan Sosioekonomi Komuniti Desa Lestari Kg. Bandar” oleh Dr. Norhariani Mohd Nor dari Fakulti Perubatan Veterinar. Bengkel ini diharap dapat memantapkan pelaksanaan SULAM di UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 15/01/2020 | Kemaskini: 15/01/2020 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdWAo~