Hari Pendidik UPM 2018 Disambut Meriah! | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Hari Pendidik UPM 2018 Disambut Meriah!

Hari Pendidik UPM 2018 Disambut Meriah!

Program Hari Pendidik UPM telah berlangsung pada 5 dan 6 Disember 2018 di Dewan Serbaguna, Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC), UPM. Seramai lebih 200 orang pegawai akademik dan pelajar telah hadir. Program ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Persatuan Pegawai Akademik UPM (PPAUPM). Hari Pendidik UPM merupakan program untuk meraikan sumbangan dan komitmen pegawai akademik UPM dalam pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.

Program dua hari tersebut sarat dengan aktiviti seperti sesi perkongsian bersama 11 orang pegawai akademik yang telah membentangkan topik berkaitan tema program iaitu “Humanising Education through Affective Teaching”. Program telah menampilkan gabungan pegawai akademik berpengalaman seperti Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dan Prof. Dr. Azali Mohamed serta pensyarah baharu seperti Dr. Mohd. Mursyid Arshad dan Dr. Salmah Jan Noor Muhammad. 

 

      

Di samping itu, peserta berpeluang mengunjungi Innovation Gallery Walk yang membawakan 20 pameran inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh para penyelidik GIPP (Geran Insentif Penyelidikan untuk P&P) dan pemenang AFNC-KP (Anugerah Fellowship Naib Canselor-Kategori Pengajaran.

 

 

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan telah meluangkan masa untuk merasmikan program ini seterusnya mengumumkan pra-pelancaran dua kursus MOOC (Massive Open Online Course) yang akan diterbitkan oleh CADe iaitu Outcome Based Education (OBE) dan Imagineering Innocreative Educators.

Program turut dimeriahkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak “Mencapai Takah Murabi” oleh Dr. Marzni Mohamed Mokhtar diiringi aluan piano oleh Dr. Mas Nida Md. Khambari daripada Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Barisan Guru Bahasa dari CALC turut berpeluang menonjolkan bakat mereka melalui persembahan nyanyian dan koir daripada kumpulan “The Voices of CALC”.

 

 

Lihat foto lagi .....

Tarikh Input: 12/12/2018 | Kemaskini: 12/12/2018 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXEZMAK~