“Innovating Education For A Better Tomorrow”, IUCEL 2022 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » “Innovating Education for A Better Tomorrow”, IUCEL 2022

“Innovating Education for A Better Tomorrow”, IUCEL 2022

 

SERDANG, 11 April 2022 – Karnival Universiti Antarabangsa Mengenai e-Pembelajaran (International University Carnival on e-Learning, IUCEL) kekal sebagai platform yang mempromosikan, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia.

IUCEL edisi 2022 kali ini akan dihoskan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dari 28 hingga 30 Jun 2022 secara dalam talian dengan tema “Innovating Education for a Better Tomorrow”.

Karnival e-pembelajaran mengalu-alukan penyertaan pelajar, sarjana, pendidik, pengamal, penyelidik dan inovator daripada semua institusi pengajaran dan pembelajaran serta industri berkaitan. Penyertaan boleh dibuat melalui pembentangan kertas kerja, persembahan poster dan produk, pameran penyelidikan dan juga menghadiri bengkel dan pameran berkaitan.

Layari laman web rasmi IUCEL 2022 - http://iucel2022.upm.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Jumpa anda nanti!

 


 

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdDAu~