Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2020 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2020

Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2020

 

SERDANG, 10 Februari 2020 – Seramai 63 orang pegawai akademik (termasuk 11 orang guru bahasa - CALC) telah menghadiri dengan jayanya Kursus Asas Pengajaran (KAP) Siri 1/2020 yang telah diadakan pada 3 hingga 10 Februari 2020 bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

KAP merupakan salah satu modul khusus untuk pegawai akademik baharu di bawah Program Transformasi Akademik UPM anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar. Program selama enam (6) hari ini mendedahkan peserta dengan pelbagai topik berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada falsafah pendidikan sehingga peringkat penyeliaan.

 

 

Sebagai pelengkap KAP, semua peserta perlu melaksanakan aktiviti penilaian iaitu Cerapan dan juga Portfolio Pengajaran dalam tempoh satu semester dan akan dipantau dan dinilai oleh mentor yang dilantik.

Program ini secara keseluruhannya diharap dapat membantu pensyarah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi khususnya bagi menyesuaikan diri dengan ekosistem akademik di UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 14/02/2020 | Kemaskini: 14/02/2020 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDcQAq~