Kursus Penggunaan PutraBLAST V3 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Kursus Penggunaan PutraBLAST V3

Kursus Penggunaan PutraBLAST V3

 

SERDANG, 16 Januari 2020 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan siri Kursus PutraBLAST Versi 3 (V3) pada 13 hingga 16 Januari 2020 bertempat di Bilik Latihan Exa, iDEC Alpha, Putra Infoport, UPM Kampus Serdang serta Makmal D ICT, UPM Kampus Bintulu Sarawak. Siri latihan yang dikendalikan oleh lima orang pengajar dibantu 12 orang fasilitator, yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (JKIPP) ini telah disertai lebih 200 orang peserta/wakil fakulti.

PutraBLAST V3 merupakan sistem sedia ada yang telah dinaik taraf kepada versi 3 dengan penambahan fungsian baharu platform Moodle 3.8. Penggunaan Sistem PutraBLAST V3 (Dalam Kampus) akan mula dilaksanakan bagi program bacelor dan siswazah mulai Semester Kedua Sesi 2019/2020.

 

 

Diharapkan inisiatif serta latihan yang diadakan dapat membantu para pegawai akademik UPM dalam menggunakan PutraBLAST V3 sekaligus menyemarakkan amalan e-pembelajaran di UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 24/01/2020 | Kemaskini: 24/01/2020 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETQAQ~