SERDANG, 7 Mac 2023 – Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima lawatan delegasi dari Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat amalan terbaik berkaitan pelaksanaan serta pengurusan aktiviti berkaitan pengajaran dan pengajaran di bawah fungsi utama CADe, termasuk e-Pembelajaran dan Inovasi PdP, SULAM, Micro-credentials, Credit Transfer MOOC (CTM), Open Distance Learning (ODL), EXCEL dan sebagainya. Kehadiran delegasi terdiri daripada ahli pengurusan serta staf CETL yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Salhah Othman (Pengarah CETL) tersebut telah disambut oleh Pengarah baharu CADe, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani serta ahli pengurusan CADe yang lain. Pihak CADe amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak CETL atas lawatan tersebut dan semoga maklumat perkongsian berjaya mencapai objektifnya.
|
![]() |
Tarikh Input: 09/03/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia