Lawatan Penandaarasan Akademik Daripada Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE), USM | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE), USM

Lawatan Penandaarasan Akademik daripada Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE), USM

SERDANG, 13 Mac 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan penandaarasan akademik daripada Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE), Universiti Sains Malaysia (USM). Kehadiran delegasi seramai empat (4) orang itu terdiri daripada Timbalan Pengarah, Prof. Madya Dr. Azidah Abu Ziden; Penolong Pendaftar Kanan, Tuan Hj. Ahmad Salwan Abdul Wahab; Perancang Bahasa Kanan, Puan Norliza Hani Md Ghazali; dan Setiausaha Eksekutif, Puan Rafidah Abdul Rahim. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat penandaarasan mengenai pelaksanaan program pembangunan profesional staf akademik dan e-Pembelajaran yang dilaksanakan di UPM.

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat, CADe, Bangunan Canselori Putra, Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria telah memberikan penerangan mengenai program pembangunan profesional staf akademik dan aktiviti e-Pembelajaran yang dilaksanakan oleh CADe. Perbincangan tersebut turut disertai oleh Timbalan Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Wong Su Luan, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef; Ketua Pentadbiran CADe, Encik Ahmad Nizam Abdullah; Ketua Bahagian Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran, Puan Nor Azirawani Man; Ketua Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik, Puan Yasminani Mohamad; dan juga Ketua Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran, Encik Mohd Idham Abdul Rashid.

 

 

 

Tarikh Input: 15/03/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXEaHAD~