Lawatan Penandaarasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ke CADe, UPM | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Lawatan Penandaarasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ke CADe, UPM

Lawatan Penandaarasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ke CADe, UPM

 

SERDANG, 19 Jun 2019 - Pusat Pembangunan Akademik (CADe) telah menerima kunjungan penandaarasan akademik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kehadiran delegasi diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) IPGM, Dr. Hj. Mohd. Nordin Abu Bakar dan turut disertai oleh tujuh (7) orang yang terdiri daripada Dr. Chin Peng Yee (PPA), Ustaz Izuddin Muhammed (PPA), Encik Nor Azman Abd. Wahab (PPA), Dr. Ismail Mohamed (Jabatan Pengurusan Perperiksaan dan Senat), Tn. Hj. Mohd. Huzaifah Abd. Rahman (Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi), Encik Amirul Fahmi Abd Razak (Jabatan Pengurusan Keutuhan dan Kualiti) dan Encik Haza Hafeez Borhan (Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme). Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat mengenai pembangunan dan pelaksanaan Learning Management System (LMS), Massive Open Online Course (MOOC) dan Pembelajaran Teradun (Blended Learning) di UPM.

 

 

Bertempat di Bilik Mesyuarat, CADe, Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra, Pengarah CADe, YBhg. Prof. Dr. Muta Harah Zakaria telah memberikan penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pembangunan e-Pembelajaran yang dilaksanakan oleh CADe di UPM. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef dan Prof. Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani. Turut hadir dalam perbincangan tersebut adalah Encik Ahmad Nizam Abdullah (Ketua Pentadbiran CADe), Puan Arina Zafirah Zulkafli dan Encik Mohd Idham Abdul Rashid selaku Ketua Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran.

 

 

 

Tarikh Input: 28/06/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETBAG~