SERDANG, 24 Mac 2022 – Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) CADe atau EKSA@CADe telah diadakan pada 24 Mac 2022 bersempena Majlis Perjumpaan Pengarah dan Staf CADe, Bil. 1/2022.
|
![]() |
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengarah CADe, Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar yang juga selaku Penaung/ Penasihat Jawatankuasa Pelaksana EKSA@CADe. Beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah atas kerjasama serta komitmen AJK dan semua staf CADe dalam inisiatif permulaan pelaksanaan EKSA@CADe. Dengan pelancaran ini, CADe Komited Ke Arah Pelaksanaan EKSA. Beliau juga mengharapkan agar semangat EKSA di kalangan staf CADe dapat diterapkan dan dizahirkan melalui persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif; dan seterusnya berupaya meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan di CADe. Beberapa inisiatif aktiviti turut diuar-uarkan termasuk Kempen 1 Staf, 1 Pokok dan juga Pertandingan Tempat Kerja Terbaik! – EKSA@CADe 2022. |
“Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti” |
|
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia