Majlis Penyampaian Anugerah IUCEL2022 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Majlis Penyampaian Anugerah IUCEL2022

Majlis Penyampaian Anugerah IUCEL2022

 

SEPANG, 29 Julai 2022 – Universiti Putra Malaysia (UPM) dilantik sebagai hos Anugerah International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2022 yang telah berlangsung di Sama-Sama Hotel, KLIA, Sepang pada hari ini.

Program itu adalah dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) menerima 439 penyertaan bertujuan untuk mempromosi, meneroka serta berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia.

Selain itu, terdapat 301 penyertaan untuk IIDEL, 21 bagi e-Teacher, 9 penyertaan untuk STEAM@School dan 108 peserta terpilih bagi Anugerah IUCEL 2022.

Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata pada tahun ini, IUCEL 2022 telah menerima penyertaan daripada beberapa negara, iaitu Jerman, China, Korea Selatan, Jordan, Iraq, Singapura, Filipina, Indonesia, India, Pakistan, dan Myanmar.

“Penyertaan Anugerah IUCEL telah dibuka kepada individu, sekolah, universiti, dan projek yang memberi impak besar dalam e-Pelajaran dan pembelajaran teknologi yang akan dianugerahkan pada IUCEL 2022,” katanya.

 

 
Sumber Berita: Facebook UPM
Pautan Rakaman: 
https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia/videos/1061906351097820/
https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia/videos/1431654373948449/
 

Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDcSAS~