Majlis Penyerahan Tugas Pengarah CADe | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Majlis Penyerahan Tugas Pengarah CADe

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah CADe

SERDANG, 9 Mac 2023 – Profesor Madya Dr. Mohd Zariat Abdul Rani yang dilantik dan memulakan tugas rasmi sebagai Pengarah baharu Pusat Pembangunan Akademik (CADe) pada 15 Februari lalu menerima secara rasmi dokumen serah tugas daripada Profesor Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar dalam satu majlis ringkas di sini.

Majlis Serah Tugas tersebut turut dihadiri dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Profesor Dr. Ismi Arif Ismail bersama ahli pengurusan serta semua staf CADe. Profesor Dr. Ismi Arif menyifatkan pelantikan Profesor Madya Dr. Mohd Zariat akan dapat menyokong dan memperkasa pelaksanaan pembangunan profesional pegawai akademik di UPM.

Profesor Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar telah mengakhiri tugas sebagai Pengarah CADe pada 15 Januari lalu dan kini berkhidmat sebagai Dekan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Pihak CADe mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar atas segala sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan selama menerajui dan memacu CADe.  

 

 

Tarikh Input: 10/03/2023 | Kemaskini: 04/04/2024 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXETRAm~