SERDANG, 28 Februari 2022 – Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh warga akademik UPM semasa penularan pandemik Covid-19, latihan berterusan melalui program webinar akan terus dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Program webinar dengan tema “Online Learning for All” merupakan inisiatif latihan secara berterusan anjuran Pusat Pembangunan Akademik (CADe), UPM untuk pegawai akademik UPM. Program webinar ini juga dibuka kepada pegawai akademik daripada universiti awam dan swasta dalam dan luar negara.
|
![]() |
Aplikasi Zoom Cloud Meeting telah digunakan bagi melaksanakan aktiviti webinar tersebut dan ia turut dipancarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live – “CADe, UPM”. Maklumat siri webinar terkini dan yang lepas boleh dilayari melalui pautan berikut: |
https://cade.upm.edu.my/online_learning_for_all/webinar-12393 |
Sila langgani juga saluran YouTube “CADe UPM” dan aktifkan notifikasi untuk maklumat terkini video/ langsung terkini!
|
![]() |
Tarikh Input: 30/03/2022 | Kemaskini: 30/03/2022 | azryadeny
Tingkat 4
Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia