Pensyarah UPM Memenangi 2 Emas, 2 Perak Dan 1 Gangsa Di ELCC 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Pensyarah UPM Memenangi 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di eLCC 2019

Pensyarah UPM Memenangi 2 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa di eLCC 2019

 

SERDANG, 27 Jun 2019 - Pensyarah UPM telah memenangi 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa di International e-Learning Carnival & Conference (eLCC) 2019 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA).

Peserta UPM sedang diadili juri eLCC 2019.

 

Pesyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi 1 pingat emas dan 1 pingat perak di eLCC 2019 tersebut. Pingat emas dimenangi melalui projek Modifikasi Pembelajaran 'Collaborative Online' Dalam Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Ilmu Melalui Teknologi Web 2.0 yang Interaktif bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr. Rozihan Mohamed, guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Puan Noralina Ali dan pelajar UPM, Taufik Ayup.

Turut memenangi 1 pingat emas dan 1 pingat perak adalah Dr. Asmidawati Ashari, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia. Pingat emas dimenangi melalui projek The Use of i-COPE in Delivering Interactive Exercise Coaching For Older Adults bersama Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim (Fakulti Ekologi Manusia), Prof. Madya Dr. Chan Yoke  Mun (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Prof. Madya. Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat) dan Dr. Wan Arnidawati W. Abdullah (Fakulti Ekologi Manusia).

Manakala pingat gangsa telah dimenangi Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian, Dr. Rozihan Mohamed melalui projek Student's First Experience With Prototype Laboratory Module And Mobile Application Integrated With Augmented Reality.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff (kiri) dan Dr. Asmidawati Ashari
bersama pingat emas yang dimenangi di eLCC 2019.

 

 

Tarikh Input: 28/06/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdBAd~