Pensyarah UPM Raih Empat Emas, Tujuh Perak Dan Satu Gangsa Di PIP 2019 | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Pensyarah UPM Raih Empat Emas, Tujuh Perak dan Satu Gangsa di PIP 2019

Pensyarah UPM Raih Empat Emas, Tujuh Perak dan Satu Gangsa di PIP 2019

 

SERDANG, 31 Julai 2019 - UPM telah memenangi empat pingat emas, tujuh perak dan satu gangsa di Pertandingan Inovasi Pembelajaran (PIP) 2019 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Muadzam Shah, UUM.

 

Dr. Asmidawati Ashari (kiri), Dr. Rozihan Mohamed (tengah) dan Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
bersama pingat yang dimenangi di PIP 2019.

 

Dr. Asmidawati Ashari, Pensyarah Kanan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia telah memenangi dua pingat emas melalui projek penyelidikan daripada Geran Insentif Penyelidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (GIPP) iaitu i-ASK: An Experiential Learning of Senescence Using Interactive Aging Simulator Kit dan projek i-COPE: Towards Enhancing and Engaging Exercise Coaching for Older Adults bersama-sama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, Dr. Wan Arnidawati W. Abdullah dari Fakulti Ekologi Manusia, Prof. Madya Dr. Yusmadi Yah Jusoh (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat) dan Prof. Madya Dr. Chan Yoke Mun (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan).

Turut memenangi satu pingat emas adalah Dr. Chong Chou Min Pensyarah Kanan di Fakulti Pertanian. Pingat Emas dimenangi melalui projek GamUDLearn: Integration of Universal Design for Learning (UDL) and Gamification bersama Dr. Zarirah Mohamed Zulperi (Fakulti Pertanian), Dr. Hasliza Abu Hassim (Fakulti Perubatan Veterinar), Dr. Puan Chong Leong (Fakulti Perhutanan), Dr. Mohd Redzwan Sabran (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan), Dr. Lai Kok Song (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir (Fakulti Sains), Dr. Mohd Hazwan Mohd Puad (Fakulti Pengajian Pendidikan), Prof. Dr. Muta Harah Zakaria dan Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef (Pusat Pembangunan Akademik).

 

Dr. Chong Chou Min bersama pingat emas yang dimenangi di PIP 2019.

 

Seorang lagi Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekologi Manusia, Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff telah memenangi satu emas, dan dua perak di PIP 2019 tersebut. Pingat emas dimenangi melalui projek: I-DAN Cakna Peradaban Malaysia Dalam Kursus Wajib Universiti IPT bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM, Dr. Rozihan Mohamed dan guru Sekolah Menengah Cyberjaya, Puan Noralina Ali. Manakala pingat perak dimenangi melalui projek: Aplikasi Mobile ARTitas Dalam E-Pembelajaran Berimpak Tinggi dan projek: Pengajaran Transformatif Tanpa Syarahan Melalui ‘Flipped Classroom’, ‘Gamifikasi’ dan ‘Peeragogi’.

Dua pingat perak telah dimenangi oleh penyelidik GIPP iaitu Dr. Rozihan Mohamed, Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian (projek MyFish Id: gamified on fish species identification and real time geolocation) dan Dr. Marsyita Hanafi, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan (projek Measuring Critical Thinking Problem Solving Skills of Engineering Students Using a Comprehensive Assessment Approach).

Prof. Madya Dr. Syamsiah Mashohor, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan (projek: Oh-My-English: The Speech-Based English Language Variation Tool) dan Dr. Sreetheran Maruthaveeran, Pensyarah Kanan Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina (projek: #Hashtags to Facilitate Teaching and Learning of Research Methods dan projek: Visual Research Planning Tool For GOT) masing-masing memenangi satu dan dua pingat perak.

Manakala pingat gangsa telah dimenangi Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, En. Johan Ismail melalui projek: Prototype Augmented Reality Embeded Course Module.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua!

 

 

Tarikh Input: 01/08/2019 | Kemaskini: 05/08/2019 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
C1569236467