PicTL 2020 Nadi Pengiktirafan Inovasi UPM Dalam Kelaziman Baharu | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » PicTL 2020 Nadi Pengiktirafan Inovasi UPM dalam Kelaziman Baharu

PicTL 2020 Nadi Pengiktirafan Inovasi UPM dalam Kelaziman Baharu

 

SERDANG, 31 Oktober 2020 – Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan Program International Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PicTL) pada 22 hingga 28 Oktober lalu secara maya sempena sambutan Bulan Pendidik UPM 2020 bertemakan Innovation for Future Education melalui Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Antara Fakulti/Sekolah/Pusat Pengajian UPM, Anugerah Putra InnoCreative dan Poster Putra InnoCreative.

Lima kategori Anugerah Putra InnoCreative dipertandingkan iaitu Best InnoCreative Educator in PutraMOOC, Best InnoCreative Educator in Transformative Teaching, Best InnoCreative Educator in Immersive Learning Experience (Virtual/Blended/Face to Face) dan Best InnoCreative Educator in Alternative Assessment.

Pertandingan poster PicTL 2020 mencatatkan sejarah baharu apabila 305 poster yang dinilai oleh juri dibentang oleh 249 peserta dari UPM dan 56 dari luar secara maya melalui tujuh sesi persidangan dan 32 sesi selari melalui platfom Zoom dengan penetapan lima tema oleh pihak penganjur  iaitu pendekatan trans-disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran imersif (maya/teradun/bersemuka), pembelajaran berasaskan pengalaman, SULAM dan penaksiran alternatif.

 

 

Wakil urusetia PicTL 2020 berpendapat, rata-rata peserta dalam kalangan pendidik menunjukkan komitmen yang tinggi melalui penghasilan reka bentuk poster yang unik dan berinovasi antaranya Service-Immersion Experiences in Agriculture Extension Education, Kitchen Waste as Classroom Kit:3d Model of DNA Damages By Ionizing Radiation, Hens Hunt: A Face to Face Immersive Learning Experience Through Challenge- Based Learning, Beyond Contemporary Learning: SULAM During Covid-19 Pandemic Era, E-Chemtoon: A Simple Way to Better Understand Galvanic Cell, Musicanatomy: Learning Anatomy Through Song and Music dan Fostering the Experiential Chemical Management Learning Through Integrated Work-Based Engagement with University-Industry Collaboration.

Sambutan hangat dapat dilihat melalui penyertaan secara maya yang tinggi dan aktif di dalam pelbagai program percambahan ilmu yang mengisi PicTL 2020. Sesi diskusi ilmiah yang bertajuk “Innovation for Future Education” disampaikan oleh mantan Naib Canselor UPM, YBhg. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris FASc, UPM sangat menginspirasikan penonton terutamanya dengan pesanan utama beliau agar membekalkan pelajar dengan ilmu untuk pembelajaran sepanjang hayat. Dua (2) sesi webinar yang telah disampaikan oleh ikon InnoCreative UPM iaitu En. Johan Ismail dan Dr. Salahuddin Harithuddin. Kedua-duanya merupakan pemenang Anugerah Felowship Naib Canselor UPM dan Ahli Jawatankuasa Kerja Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (JKIPP). Sesi webinar mereka masing-masing bertajuk “Teaching Without Lectures: Decoded” dan “How to Create Amazing Interactive Videos” berjalan dengan sangat interaktif berkongsi pendapat serta tips. Ini menandakan warga pendidik UPM sangat menghargai ilmu dan mempunyai komitmen yang tinggi di dalam PdP yang berkualiti. Sesi ucaptama oleh Prof. Dr. Piet Kommers, iaitu Profesor of UNESCO Learning Technologies bertajuk “Creative Thinking to Enhance the Student Experience: From Curriculum Design to Success” sangat memberangsangkan di dalam menekankan kaedah pengajaran bagi menghasilkan pelajar yang holistik.

Majlis penutup Bulan Pendidik UPM 2020 dan pengumuman pemenang PicTL2020 telah disempurnakan oleh YBhg.  Ts. Dr. M. Iqbal Saripan menyaksikan penyertaan yang tinggi sama hangatnya seperti kelaziman majlis seumpama ini yang dilaksanakan secara bersemuka. 

188 penyertaan telah mendapat pingat emas manakala 74 poster telah diberikan pingat perak dan 43 mendapat gangsa. Para penonton rata-rata sangat berpuas hati dan gembira dengan penganjuran PicTL2020 dan Bulan Pendidik UPM 2020 yang berjaya menghubungkan para peserta tanpa batasan fizikal. Medium maya juga menyebabkan kehadiran dan penyertaan lebih fleksibel serta menarik ramai pengunjung. Peserta dan pengunjung berekspresi positif dan menunjukkan kejayaan penganjuran program pada kali ini dalam mengetengahkan bukan sahaja idea dan inovasi baharu, menginspirasikan satu sama lain, malah menjadi perangsang kepada warga UPM untuk berganding bahu melestarikan moto BERILMU BERBAKTI.

 

Disediakan oleh:
Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef
Timbalan Pengerusi PicTL2020
 
 

Tarikh Input: 02/11/2020 | Kemaskini: 02/11/2020 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdNAM~