Program Service Learning Going Global | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» BERITA » Program Service Learning Going Global

Program Service Learning Going Global

 

PUTRAJAYA, 20 Julai 2022 – Jabatan Pendidikan Tinggi bersama Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program Service Learning Going Global pada 20 Julai 2022 bertempat di Dewan Jamuan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program tersebut telah disertai seramai lebih 50 orang peserta secara fizikal terdiri daripada wakil, penyelaras SULAM IPTA seluruh Malaysia dan turut disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), JPT: https://www.facebook.com/bkajptkpt.

 

 

Selaras hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperluaskan jaringan SULAM di Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan program SULAM, pengisian utama program adalah sesi perkongsian Developing Community and Student Capacity Through Service Learning daripada Prof. Dr. William Oakes (Director EPICS, School of Engineering Education, Purdue University, USA). Selain sesi pembentangan projek SULAM Global dari Universiti Teknologi Malaysia oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus (Pengarah, Pusat Akademik & Pengalaman Pembelajaran (CAEL), UTM) dan juga Universiti Malaysia Sarawak oleh Pn. Noraziah Abdul Wahab (Pengarah, Pusat Kelestarian Universiti, UNIMAS).

Pada sebelah petang, sebahagian peserta turut mengikuti Bengkel CARE (Community Resilience Service Learning) yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Rafeah Wahi (UNIMAS) dan juga Prof. Dr. William Oakes.

 

 

Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | azryadeny

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdWAP~