Jawatankuasa E-Pembelajaran UPM (JKeP UPM) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» JAWATANKUASA » Jawatankuasa e-Pembelajaran UPM (JKeP UPM)

Jawatankuasa e-Pembelajaran UPM (JKeP UPM)

 

Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi (PPPM PT) telah meletakkan struktur organisasi sebagai salah satu tunggak utama dan telah menggariskan setiap IPT perlu mempunyai satu pasukan e-Pembelajaran yang tetap. Pusat Pembangunan Akademik (CADe) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengajaran dan Pembelajaran (JKPP) ke-27 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa e-Pembelajaran Universiti Putra Malaysia (JKeP UPM).

Untuk memastikan penerapan e-Pembelajaran dapat meliputi segenap lapisan komuniti di UPM, ahli JKeP UPM yang dilantik adalah:

  1. pegawai akademik yang terlibat secara langsung di dalam hal ehwal serta aktiviti pembangunan e-pembelajaran di fakulti, ATAU
  2. pegawai akademik yang menjadi pakar rujuk di dalam hal ehwal pelaksanaan e-pembelajaran di fakulti.

 

 

Terma Rujuk Ahli JKeP UPM adalah seperti berikut:

 

  1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan e-Pembelajaran di UPM;
  2. Menyediakan polisi dan garis panduan e-Pembelajaran yang jelas untuk rujukan pensyarah, pelajar dan KPI yang bersesuaian;
  3. Memantau dan melaksanakan penambahbaikan sistem e-Pembelajaran secara berterusan;
  4. Mengawal, memantau dan menambahbaik kualiti kandungan pengajaran dan e-Pembelajaran, dan;
  5. Membantu merancang keperluan infrastruktur, sumber, latihan dan sokongan berkaitan e-Pembelajaran.

 

 

Senarai ahli JKeP UPM terkini

 

 

Kemaskini:: 26/04/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566797469