Maklumat Pertandingan | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» EVENT » Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Antara Fakulti/Pusat Pengajian 2019 » Maklumat Pertandingan

Maklumat Pertandingan

 

 

Tarikh dan Lokasi Program

 

Tarikh dan lokasi pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh

:

14 Oktober 2019 (Isnin)

Masa

:

9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat

:

Panggung Percubaan, PKKSSAAS, UPM

 


 

Objektif

 

Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran antara Fakulti/Pusat Pengajian dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

  • Mengiktiraf kecemerlangan pengajaran pada peringkat individu/institusi sepertimana yang disarankan oleh KPT dalam PPPM (PT).
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai akademik UPM berkaitan teknik atau pendekatan inovasi P&P.
  • Menyebarluas dan berkongsi amalan terbaik inovasi P&P yang dilaksanakan oleh setiap fakulti untuk dimanfaatkan pegawai akademik UPM yang lain.
  • Menggalakkan pembudayaan penggunaan teknologi dan inovasi dalam P&P oleh setiap warga fakulti bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.
  • Mengenal pasti/menyaring pegawai akademik UPM yang berpotensi untuk pencalonan Anugerah Fellowship Naib Canselor (AFNC)/Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori pengajaran mengikut nic fakulti.

 


 

Format Pertandingan

 

Format pertandingan adalah seperti berikut:

  • Penyertaan fakulti/pusat pengajian hendaklah terdiri daripada satu kumpulan pegawai akademik dengan diketuai oleh Dekan/Pengarah atau Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah, atau ahli akademik lain yang dilantik untuk mewakili fakulti/pusat pengajian.
  • Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk membentangkan amalan inovasi fakulti/pusat pengajian mengikut kesesuaian dan kreativiti (cth.: pembentangan slaid, poster, video, sketsa, demonstrasi produk dll.)
  • Pembentangan hendaklah memfokuskan amalan inovasi P&P berkaitan strategi dan kaedah penyampaian, bahan bantu mengajar dan penaksiran di samping menonjolkan nic fakulti.
  • Tempoh setiap pembentangan ialah 20 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab.

 


 

Penjurian

 

Pertandingan akan diadili oleh tiga (3) orang juri, di mana seorang daripadanya merupakan juri jemputan daripada universiti awam/swasta yang lain. Keputusan pengadilan juri adalah muktamad dan berdasarkan kriteria penilaian seperti berikut:

 


 

Hadiah

 

Sebanyak tiga (3) penyertaan yang mendapat markah tertinggi akan menerima hadiah wang tunai berserta sijil. Penyertaan yang tidak mendapat tempat akan diberikan sijil penyertaan.

 


 

Tarikh Tutup Penghantaran Borang Penyertaan: 20 September 2019 

 
Borang Penyertaan - Pertandingan Amalan Terbaik Inovasi P&P  
 

Updated:: 07/08/2019 [azryadeny]

MEDIA SHARING

CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
C1574176716