Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad Dianugerahkan Pemenang Best Trend Setter Awards Dan UPM Meraih 9 Pingat Emas, 15 Perak Dan 5 Gangsa Di Karnival E-Pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL 2017) | CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
» NEWS » Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad dianugerahkan Pemenang Best Trend Setter Awards dan UPM Meraih 9 Pingat Emas, 15 Perak dan 5 Gangsa di Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL 2017)

Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad dianugerahkan Pemenang Best Trend Setter Awards dan UPM Meraih 9 Pingat Emas, 15 Perak dan 5 Gangsa di Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL 2017)

Karnival E-pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL2017)

 

Pada 26 sehingga 27 September 2017 bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah berlangsungnya Karnival E-pembelajaran Universiti Peringkat Antarabangsa 2017 (IUCEL2017). IUCEL 2017 ini adalah anjuran USIM dengan kerja sama Jabatan Pengajian Tinggi serta Majlis E-pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) diadakan dengan objektif berikut:

  1. Sebagai platform untuk mempromosikan aplikasi praktikal e-pembelajaran dan blended learning kepada semua institusi yang akan disertai oleh IPT;
  2. Sebagai platform kepada pelajar, ahli akademik, pihak industri dan orang ramai untuk berkongsi dan memperkenalkan produk e-pembelajaran yang terkini; dan
  3. Sebagai platform rasmi untuk pengiktirafan dan penganugerahan kepada pencapaian dan amalan terbaik di dalam e-pembelajaran.

 

Karnival ini melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pameran, pertandingan dan pengiktirafan anugerah. Antara aktiviti yang dijalankan diantaranya adalah pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL), pertandingan pembangunan courseware (OER - Open Educational Resources), pertandingan pembangunan sistem serta penyampaian Anugerah E-Learning Kebangsaan.

 

Sukacita dimaklumkan Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul telah dipilih untuk memenangi Anugerah Best Trend Stter di atas usaha beliau dalam mempraktikkan kaedah e-pembelajaran yang berinovasi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

 

 

Pertandingan Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL)

 

Selaras dengan objektif dan matlamat pertandingan IIDEL iaitu:

  1. Mempamerkan penyelidikan, penciptaan dan inovasi daripada warga IPT dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) ke arah menyokong dasar E-Learning yang telah diperkenalkan;
  2. Membudayakan penciptaan dan inovasi melalui perkongsian kepakaran dan idea yang komersil, kreatif dan inovatif di kalangan warga IPT; dan
  3. Memupuk minat dan galakan kepada pensyarah, staf dan pelajar dalam membangunkan alat bantuan mengajar yang lebih kreatif selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar sebanyak 29 penyertaan dalam pertandingan tersebut dan UPM merupakan IPT yang paling banyak menghantar penyertaan. Dimaklumkan UPM telah berjaya merangkul 9 pingat emas, 15 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

 

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA PEMENANG!

 

 

 

 

Date of Input: 02/10/2017 | Updated: 24/05/2018 | azryadeny

MEDIA SHARING

SEE ALSO
CENTRE FOR ACADEMIC DEVELOPMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-9769 6043
SXDdUAb~