Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » ANUGERAH » Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

 

Pengenalan

 

Peredaran zaman termasuk Revolusi Industri ke-4 menuntut pemikiran dan reka bentuk semula pengajian tinggi terutamanya dalam cara kita mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Hakikatnya kita sedang berdepan dengan Generasi Z yang mempunyai keutamaan dan cara belajar yang berbeza. Justeru, semua institusi pengajian tinggi wajar melihat semula penawaran program masing-masing agar lebih relevan dengan cabaran-cabaran baru yang muncul dalam menyediakan graduan yang mampu berfungsi dalam dunia akan datang. Lebih penting, terdapat keperluan mendesak untuk memikir dan mereka bentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang akan dapat menarik minat Gen-Z melalui pembelajaran kendiri yang aktif, imersif dan bermakna.

Bagi menyemarakkan dan berkongsi amalan terbaik pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan Tinggi Malaysia, KPM mewujudkan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif. Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu dalam EMPAT kategori berikut:

  • Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  • Pengajaran Transformatif
  • Pengalaman Pembelajaran Imersif
  • Pentaksiran Alternatif

 


 

[TERKINI] Penyertaan AKRI 2019 kini di buka!

 

 

MAKLUMAN PENYERTAAN UPM

 

Borang dan dokumen sokongan, permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan kepada

 

Urusetia AKRI 2019

Pusat Pembangunan Akademik (CADe)   

 

selewat-lewatnya pada

 

22 Julai 2019 (Isnin)

(Bagi tujuan semakan dan pengesahan)

 

Maklumat berkaitan:

 

 

 

Maklumat lengkap AKRI 2019, sila layari:

https://www.moe.gov.my/akri

 
 

 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi CADe:

Pn. Siti Fatimah (03-9769 6136) / fatimah_a@upm.edu.my
Pn. Suraya (03-9769 1466) / surayamuda@upm.edu.my
En. Ahmad Nizam (03-9769 6182) / a_nizam@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 05/07/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566798018