Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » ANUGERAH » Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP)

Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP)

Latar Belakang

 

Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Putra (APP) Universiti Putra Malaysia. Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2007 untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion pensyarah. Penganjuran AFNC-KP merupakan wahana bagi mengenal pasti calon UPM untuk Kategori Pengajaran, Anugerah Akademik Negara (AAN).

 

Objektif

 

  1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pensyarah UPM.
  2. Meningkatkan penggunaan pelbagai kaedah dan amalan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang dan berkualiti berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centered Learning).
  3. Memberi pengiktirafan kepada para pegawai akademik UPM yang menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan yang tinggi dalam inovasi pembangunan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kelompok Pencalonan

 

Pencalonan AFNC-KP dibuat mengikut kelompok berikut (berdasarkan Kelompok Anugerah Akademik Negara, AAN).

  1. Sains Tulen
  2. Sains Gunaan 
  3. Kesihatan
  4. Kejuruteraan 
  5. Sastera dan Sains Sosial
  6. Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan

 


 

[ G A L E R I   A F N C - K P ]

Klik untuk lihat galeri!
 

 

[TERKINI] Pencalonan AFNC-KP 2019 kini di buka!

 

Maklumat berkaitan:

 

 


 

[TERKINI] Tahniah kepada semua pemenang AFNC-KP 2018!

 

Majlis Gemilang Akademia Putra 2018

30 April 2019 l Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

 

Kategori Pengajar Cemerlang

  • PROF. MADYA DR. SITI KHAIRANI BEJO l Fakulti Perubatan Veterinar (Kluster Sains Kesihatan)
  • DR. NASRI SULAIMAN l Fakulti Kejuruteraan (Kluster Kejuruteraan)
  • DR. HJ. AHMAD NASIR MOHD YUSOFF Fakulti Ekologi Manusia (Kluster Sastera dan Sains Sosial)
  • PROF. MADYA DR. HAMISAH HASAN l Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Kluster Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)

 

Kategori Pengajar Muda

  • DR. MAS JAFFRI MASARUDIN Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (Kluster Sains Tulen)
  • PROF. MADYA DR. SYAFINAZ AMIN NORDINFakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Kluster Sains Kesihatan)
  • DR. NOOR AIN KAMSANI Fakulti Kejuruteraan (Kluster Kejuruteraan)
  • DR. MUHAMMAD ALIF REDZUAN ABDULLAH Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (Kluster Sastera dan Sains Sosial)

 

 

Kemaskini:: 20/08/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566795507