Kursus Asas Pengajaran (KAP) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) » Kursus Asas Pengajaran (KAP)

Kursus Asas Pengajaran (KAP)

 

Kursus Asas Pengajaran (KAP) merupakan latihan intensif selama enam (6) hari yang memperkenalkan pensyarah baru UPM kepada aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta penyeliaan pelajar secara berkesan bagi mempersiapkan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan hasil berasaskan pembangunan dan reka bentuk kurikulum, prinsip dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, teknik penyampaian dan penilaian yang berkesan, dan juga portfolio pengajaran. Para peserta turut diperkenalkan kepada teori dan aspek praktikal penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mulai daripada penjanaan data sehingga ke penerbitan.

 

Hasil Pembelajaran

 

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

  1. Merancang dan menghasilkan bahan pengajaran yang inovatif dan berkesan.
  2. Membangunkan portfolio amalan pengajaran.
  3. Menjalankan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Kandungan/Pengisian Kursus

 

  • Teaching and Learning at Higher Institutions: Concept and Goal
  • Design and Management of Curriculum for Outcome-Based Education (OBE)
  • Developing Learning Outcomes and Soft Skills
  • Assessment of Learning-Outcomes: Cognitive Domain
  • Assessment of Learning-Outcomes: Psychomotor Domain
  • Assessment of Learning-Outcomes: Affective Domain
  • Assessment of Learning-Outcomes: Soft Skills
  • Students Diversity and Teaching Approaches
  • Student-Centred Learning: Case Studies
  • Student-Centred Learning: Problem Based Learning (PBL) and Project Oriented Problem Based Learning (PoPBL)
  • Student-Centred Learning: Modular Approach
  • Student-Centred Learning: Interactive Learning
  • e-Learning Concept and Application
  • Professionalism in Academic
  • Effective Student Supervision
  • Scholarship of Teaching and Learning (SoTL)
  • Teaching Portfolio

 


KURSUS ASAS PENGAJARAN (KAP) SIRI 1/2019 - PENILAIAN

KURSUS ASAS PENGAJARAN (KAP) SIRI 2/2019 - KURSUS


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik (PPA), CADe
03-9769 6135 (En. Azry/Cik Azura) / 03-9769 2080 (Pn. Yasminani)
cadelatihan@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 24/07/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566798558