Program Latihan Pegawai Akademik UPM (Pengajaran & Pembelajaran) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD) » Program Latihan Pegawai Akademik UPM (Pengajaran & Pembelajaran)

Program Latihan Pegawai Akademik UPM (Pengajaran & Pembelajaran)


 

Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuing Professional Development (CPD) menangani keperluan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif utama CPD untuk komuniti akademik adalah untuk menetap dan menambah baik kemahiran teknikal dan profesional sedia ada untuk dapat menerima perubahan tanggungjawab.

 

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025 (Pendidikan Tinggi)


 

CADe bertanggungjawab memacu pembangunan profesional pegawai akademik dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan matlamat utama untuk menerapkan amalan terbaik (best practices) dalam P&P dan pembangunan kurikulum, inovasi P&P serta kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran / Scholarship of Teaching and Learning (SoTL).

Bagi memperkasakan perkembangan profesional dalam kalangan pegawai akademik UPM di Era Revolusi Industri (IR) 4.0, CADe telah merangka transformasi program latihan pegawai akademik (P&P) yang dikategorikan kepada Program Induksi dan Pembangunan Profesional Berterusan / Continuing Professional Development (CPD), seperti berikut:

  • Program induksi menyediakan ahli akademik baharu semasa tempoh kritikal awal kerjaya mereka dengan sokongan profesional dan peribadi (mentor) yang sistematik untuk berkembang dalam persekitaran kerja baharu. Program ini membantu pensyarah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dalam pengajaran dan pembelajaran pengajian tinggi khususnya bagi menyesuaikan diri dengan ekosistem akademik di UPM.

 

  • Program CPD menyediakan latihan berterusan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan sebagai pensyarah dan sarjana melalui budaya pembelajaran sepanjang hayat. Program ini berupaya memberi impak dan membawa perubahan terhadap tahap kecekapan dan keupayaan pensyarah dalam P&P.

 


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik (PPA), CADe
03-9769 6135 (En. Azry/Cik Azura) / 03-9769 2080 (Pn. Yasminani)
cadelatihan@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 03/04/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566796200