Putra Learning Space (PLS) | PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
» PERKHIDMATAN KAMI » KEMUDAHAN » Putra Learning Space (PLS)

Putra Learning Space (PLS)

Ruang Pembelajaran Putra atau Putra Learning Space (PLS) merupakan inisiatif daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Pusat Pembangunan Akademik (CADe), Universiti Putra Malaysia untuk mewujudkan satu ruang atau bilik latihan untuk pegawai akademik di bawah Program Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development, CPD). Mengambil pendekatan ruang pembelajaran seperti yang ditekankan dalam Projek Agenda Kritikal (CAP), bilik latihan telah diubahsuai menjadi lebih kondusif, interaktif dan berorientasikan pembelajaran berpusatkan pelajar (Student-Centered Learning, SCL).

Putra Learning Space mempunyai dua ruang utama; iaitu ruang pembelajaran dan juga ruang perbincangan/istirahat. Ruang pembelajaran yang digunakan untuk aktiviti latihan ini boleh menampung seramai 25 orang peserta. Putra Learning Space dilengkapi dengan beberapa ciri kelengkapan serta peralatan termasuk:

  • projektor berserta skrin (4 unit)
  • sistem audio
  • mikrofon tanpa wayar
  • kemudahan internet/Wi-Fi
  • komputer riba (untuk perbincangan)
  • Smart TV (Ruang Perbincangan/Istirahat)

 

 

Lokasi

Putra Learning Space (PLS), CADe, Aras 2, Bangunan Pejabat TNCPI, UPM

 

Tempahan


 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:


Bahagian Pembangunan Pegawai Akademik (PPA), CADe
03-9769 6135 (En. Azry)
cadelatihan@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 01/04/2019 [azryadeny]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6175
03-8946 6043
B1566795161