"Transformasi" bermaksud perubahan yang signifikan dalam bentuk atau struktur. Dalam konteks akademik, "transformasi" adalah inisiatif untuk mengubah ekosistem akademik bagi mendepani cabaran masa depan dengan menekankan intipati kurikulum iaitu bidang, kaedah penyampaian dan penaksiran. Oleh itu, Transformasi Akademik UPM ditakrifkan sebagai inisiatif secara bersinergi dalam mereka bentuk semula struktur kurikulum, menginovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran, serta mempelbagaikan kaedah penaksiran dalam usaha mengoptimumkan pengalaman pembelajaran pelajar dan melahirkan Graduan PUTRA Kalis Masa Depan.